Kongsikan Entri Kami

Friday 23 August 2013

OMG : Lelaki Terkaya Di Dunia Seketika Dengan Duit Sebanyak $92 Quadrilion (2 Gambar)


 Pittsburg: Sebagai pelanggan tetap PayPal, Chris Reynolds membelanjakan tidak lebih AS$100 (RM318) sebulan.

Jadi apabila lelaki berusia 56 tahun itu memeriksa baki dalam akaun syarikat pemindahan wang dalam talian itu baru-baru ini, ia cukup mengejutkan baginya apabila diberitahu dia adalah ‘quadrillionaire’, orang terkaya di dunia.

Reynolds dari daerah Delaware membuka kenyataan bulanannya melalui e-mel pada Jumaat sebelum mendapat tahu baki dalam akaunnya melonjak kepada AS$92,233,720,368,547,800.

Bercakap kepada New York Daily News, Reynolds berkata, dia terkejut dengan angka itu. “Saya rasa seperti bilionair segera kerana mulanya, saya sangka saya memiliki quadrillion,” katanya. Reynolds menggunakan PayPal selama 10 tahun untuk menjual dan membeli barangan di eBay termasuk alat ganti kereta vintaj. Selepas reda daripada kejutan, dia mendaftar masuk dalam laman web PayPal dan melihat bakinya kosong.



Tetapi itu tidak membuatkan dia daripada terus berangan untuk membelanjakan wang itu. Reynolds yang memiliki firma perhubungan awam bersama isterinya berkata, dia pasti akan membayar hutang Amerika Syarikat dengan kekayaan sebanyak itu. 

“Saya lelaki yang bertanggungjawab. Mula-mula saya akan membayar hutang negara.” Dia juga berangan membeli pasukan besbol Philadelphia Phillies.

Sumber : Here

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam jumaat

budakbandunglaici said... Best Blogger Tips

boleh beli 1 dunia



Entri Terbaru Di Update 3Saat Lalu : Mandi Sambil Menderma

Anonymous said... Best Blogger Tips

dunia ni tuhan yg punya. bukan bapak kau yg punya nak beli2 bagai! abah kau tak ajar ugama ke masa kecik dulu? abah kau lah!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cakap bahase yg elok2 pon org bole paam..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...