Kongsikan Entri Kami

Tuesday 2 October 2012

Cool : "Blue Experience 2", Telefon Pintar Facebook Rekaan Tolga Tuncer (8 Gambar)


Telefon Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Lebih kurang dua tahun yang lalu HTC dan Facebook bekerjasama menghasilkan HTC ChaCha dan Salsa yang dilengkapi butang khas hanya untuk melancarkan aplikasi Facebook. Terdapat ura-ura mengatakanZuckerberg sedang bekerjasama dengan HTC sekali lagi bagi menghasilkan telefon Facebook yang baru menjelang pertengahan 2013. Buat masa ini tiada siapa tahu bagaimana rupa telefon pintar ini dan sistem operasi apakah yang bakal digunakan. Ini menyebabkan beberapa orang pereka melakukan rekaan telefon Facebook mereka sendiri.

Blue Experience 2 ialah konsep rekaan Tolga Tuncer. Ia berbentuk kotak kerana ia juga berfungsi sebagai telefon Instagram (yang sudah dibeli Facebook). Bila diletakkan di atas meja Blue Experience 2 boleh dijadikan bingkai gambar Instagram. Ia dilengkapi roda pentatal fizikal yang memudahkan anda mentatal susur masa dan filter di dalam aplikasi Instagram. Ia juga dilengkapi skrin sesentuh LCD 3.1". Tidak seperti telefon biasa, mikrofon dan earphone telefoninya terletak pada bahagian belakang. Menurut Tolga, ini adalah bagi memastikan skrin sesentuh tidak dikotori dengan minyak apabila ia dilekapkan kepada muka pengguna ketika menggunakan telefon. Nice idea tetapi malangnya orang zaman sekarang dah malas dengan Facebook.





Sumber : Here

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

yeah first baby

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st=yelah aku bodo

Anonymous said... Best Blogger Tips

2nd lg B

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

hebatnya awek tu pakai telefon pintar tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

betol lsh...fb dh x mcm dulu...x besh dh..........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...