Kongsikan Entri Kami

Wednesday 26 September 2012

Serius : Akhbar Egypt, Al-Watan Siar Kartun Lawan Majalah Perancis (3 Gambar)


KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.

Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur". Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".




Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal bulan ini.

Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu. Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.

Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.

Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.

Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.



Sumber : Here

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

stupid

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

apa yg stupid ha stupid? stupid anon. baguslah kartun lawan kartun, filem lawan filem... takkan kau nak filem lawan pecah bakar bangunan bunuh orang?

Anonymous said... Best Blogger Tips

tu pasal dia ckp stupid..ni kafirun anon 15:53 .sial punya anon..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tp dengan cara mcm nih menampak kan yg islam tuh sama seperti agama yg lain (yahudi), sbb ape yg yahudi buat islam turut buat...adakah ajaran islam suruh utk kite membalas dendam?

Renung2 kan la...sy hanya beri pendapat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...