Kongsikan Entri Kami

Wednesday 12 September 2012

Panas : Ning Baizura Tarik Diri Dari Konsert Arak (Gambar)


Dalam kekecohan penyanyi wanita, Mizz Nina yang dihentam teruk kerana terlibat mengadakan persembahan sempena Guinness Arthur’s Day, rakan persembahan Mizz Nina, Ning Baizura tidak pula banyak berbicara.

Hanya Mizz Nina sahaja yang bersungguh-sungguh menjawab segala pertanyaan ramai pihak kepada dirinya.

Malah, Mizz Nina turut mempersoalkan kenapa baru sekarang pihak-pihak tertentu membangkitkan isu dia mengadakan persembahan yang bersangkut-paut dengan hal arak.

Lain pula bagi pihak Ning Baizura.

Ning melalui laman rasminya, ning-baizura.com, telah menyatakan dengan jelas tidak tahu yang dirinya terlibat dalam persembahan Guinness Arthurs’d Day.

Pada mulanya, dia dimaklumkan yang dia hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukanlah pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).

“Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB,” tulis Ning di laman rasminya.

Selain itu, Ning turut menjelaskan yang wajahnya telah diguna pakai untuk poster promosi hari tersebut oleh pihak GAB tanpa izinnya.

Justeru itu, tegas Ning lagi, dia telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.

“Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

“KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.”

p/s : Beginilah seeloknya... 

Sumber : Here

13 comments:

Mama HannahHakimHayfa said... Best Blogger Tips

Kan bagus ada sahsiah diri mcm ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Orang sinis suka mengkritik, orang berjaya suka menganalisis. Cuba kaji bagaimana SAP benar2 boleh buat duit 100% FULLY AUTOMATED untuk anda. Beli dan aktifkan modul, anda saksikan sendiri: http://rm30.ibct.my/1234 -504febb1acec3

Anonymous said... Best Blogger Tips

syukur,mgkn ader yg patut menerangkan perkara yg sebenarnya pd mizz nina.mgkn dia tak tahu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni bezanya Artis LAMA n BARU.....
Kenal sensetiviti n tau mane batas...Miz nina.ksian ko...ank org kaya tp batak sgt nk wat show ngn arak....Sian laki ko...kui3

nisa1694 said... Best Blogger Tips

tahniah Ning semoga didorong kearah kebaikan serta hidayah dari Allah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

baguslah, skurang2 nya dia still tau malu kalo bersangkut paut dgn arak ni mmg akan di hina dan dikecam. kalo stakat pakai sendat2 seksi takpe lagi, sbb dah jadi kebiasaan.

tp mmg aku doakan dia ni berubah ke arah yg lebih baik ler..tak silap aku ayah dia alim2 kan?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mizz nina artis baru nk kejar nama...mesti semua dia langgar...nk pg international katanya....kalau kt luar arak mcm minum nescafe jer...kuikuikui

Anonymous said... Best Blogger Tips

ala ning dah insaf la tu.. gara2 fantasi seks nya dulu...org hentam kaw2 sampai peminat lari.
kalau idak, dia ni langgar serupa ja..

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn diungkit perkara yg dh berlalu kwn, tu awk dh membuka aib org.. skg die dh pn berubah secara perlahan2.. bia die belajar sikit dulu.. kgn mara aaaa....

Anonymous said... Best Blogger Tips

BAGUS NING!

Anonymous said... Best Blogger Tips

ALHAMDULILLAH

Anonymous said... Best Blogger Tips

TRINGAT kak ning dlm filem CUN...haha

Anonymous said... Best Blogger Tips

ning ni suaminya org puteh n baru peluk islam, miz nina ni suaminya melayu dan islam sejak lahir. tapi tgk lah sendiri pendirian mereka...dunia..dunia..tahniah ning sebab bijak buat keputusan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...