Kongsikan Entri Kami

Wednesday 25 January 2012

Berita : Lelaki Peluk Mayat Teman Wanita Yang Terjatuh Dari Bangunan


GEORGETOWN – Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.

“Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Sumber : Here


7 comments:

mujagirl92 said... Best Blogger Tips

seram nye,, kesian bf dye,, mesti sedey giler,, sebab tu sampai camtu skli,, :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

menyesal sebab pompuan tu xwasiat keta kt dier...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian.mcmne die bleh terjatuh?ke teman laki die ni yg tolak kot?..pastuh bwat2 sedih meratap kt gf die yg dh mati tuh..sbb tkut kene dakwa sbg pembunuh..sori klu aku bfikiran negatif psl kes nih..

khairul fahmy cek mek molek said... Best Blogger Tips

ni mesti kes pompuan tu nak g tolak laki tu supaye mati pastu laki tu plak tepis, pompuan tu plak yg jatuh. so laki tu rase bersalah die pelok la.

razzwey razz said... Best Blogger Tips

@khairul fahmy cek mek molek tinggi sungguh imaginasi khairul fahmy cek mek molek...

Rammizan Ramli said... Best Blogger Tips

hahahahahaha....guling2 aku gelak

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku rasa ni tipu je ni... hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...