Kongsikan Entri Kami

Friday 4 November 2011

WTF : Suami Membunuh Isterinya Kerana Rosakkan Koleksi 'Star Wars' di Manchester (3 Photos)

Di Manchester, seorang peminat fanatik Star Wars telah mencekik isterinya yang berasal dari Thailand hanya kerana isterinya merosakkan koleksi 'Star Wars' miliknya. Rickie La Touche menyatakan yang isterinya telah merosakkan patung Darth Vader dan Luke Skywalker yang paling berharga untuknya. Rickie yang tidak dapat menahan kemarahannya terus mengambil bantal dan melemaskan isterinya sehingga mati. Kemudian, Rickie bergegas ke rumah ibunya untuk memberitahu apa yang telah dilakukannya. Mereka menghubungi pihak polis dan mayat isterinya dijumpai di atas katil dengan mukanya ditutup dengan bantal. Rickie dipenjara untuk seumur hidup kerana didapati bersalah atas tuduhan membunuh. Dalam laporan, Rickie menyatakan isterinya merosakkan koleksinya kerana ingin 'make his life hell.' Rickie juga mengaku yang dia seringkali dikongkong oleh isterinya. Isterinya mengugut untuk tinggalkan dia sekiranya dia tidak mematuhi segala arahannya.
dailymail

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

tekanan jiwa punya orang...si isteri ni pun bodoh jgk..kalo cerai ja kan bagus xadala jadi macam ni..

Unknown said... Best Blogger Tips

bodohnya...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tercapai la objektif isteri de tu nk jdkan hidup laki tu tesekse..tesekse dlm penjara..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...