Kongsikan Entri Kami

Tuesday 1 November 2011

OMG : Dua Madu Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Yang Sama


SEREMBAN – Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.


p/s : Macam ni pun ada ka? Ish3... memang perempuan murahan..
Sumber: MNH


8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

bagus lah tu..tipu laki..elok disarankan kepada laki kepada 2 pompuan bingai nie..dgn ucapan

"Ko Jual Aje 2 ekor bini ko nie kek Golok ke? Chow Kit ke..br best bro!

ada duit dapat jugak..la nie ko kena byr jaminan dan saman dia nnnti..

kpd lelaki yg ditangkap bersama 2 ekor pompuan nie..dikerat anu letak dlm botol?

Kak Mahh said... Best Blogger Tips

Kenapalah jadi begitu...silap siapakah?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kompem madu ni mmg sahabat baik dunia akhirat la....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kesian kat suami....kerja cari duit, bini2 plak sangap sgt....cerai ja bini tak guna siallll......keji btl.

Anonymous said... Best Blogger Tips

laki dia x bg nfkah batin kot....kawen nk byk...tp x tau nk jlnkan tggungjawab...hahaha....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada kemuskilan la...2 pompuan sorang lelaki dlm satu bilik pun bleh kira berkhalwat ke...??

minoari89 said... Best Blogger Tips

kan..berdua bru la bleh tuduh..ke diorang mengaku..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ye la minori..tu la yg aku muskil tu...kalau sorang pompuan sorang laki bru la kena tduh...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...