Kongsikan Entri Kami

Wednesday 12 October 2011

OMG : Sekitar Tumpahan Minyak Paling Teruk Dalam Sejarah New Zealand (8 Photos)

Minyak daripada kapal kontena Minyak berlanggar dengan Kapal MV Liberia di perairan New Zealand mula dibawa arus sehingga ke kawasan Bay of Plenty, pulau di sebelah utara negara itu sehingga menyebabkan kawasan pantai Pergunungan Maunganui terpaksa ditutup. Menurut kerajaan NZ, sebanyak 300 ton minyak telah mengalir keluar dari kapal yang tersebut selepas pelanggaran sehingga mengakibatkan pencemaran paling teruk dalam sejarah NZ.
Ketika ini, anak kapal yang lain masih berada di kapal berkenaan di sebalik berita ribut dijangka melanda kawasan itu.
Maritim New Zealand (MNZ), berkata tompokan minyak kapal kontena Rena sebesar tapak tangan ditemui Rabu lalu mencemarkan terumbu karang dan membunuh seabirds dan terlantar di sekitar pantai Pergunungan Maunganui, iaitu lokasi popular di kalangan pelancong.
Pihak berkuasa menutup kawasan pantai dan mengeluarkan amaran berhubung bahan toksik itu, di mana kira-kira lima kilometer daripada lokasi tumpahan minyak terbabit. 

 ibtimes

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesilapan manusia, hidupan lain yang merana...T_T

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...