Kongsikan Entri Kami

Thursday 13 October 2011

Kesian : Kelasi Diseksa Dan Dibunuh Dengan Kejam di Sungai Mekong (8 Photos)

Pada 5 Oktober yang lepas, sebuah kapal China dan sebuah kapal Burma/Myammar telah dirampas oleh sekumpulan penjahat bersenjata. RAmpasan ini berlaku di Golden Triangle (di antara Thailand, Laos dan Myammar). Penjahat ini kemudiannya menyuruh kedua kapal untuk bergerak dengan laju menuju ke arah Thailand. Tetapi selepas mereka tiba di sempadan Thailand, penjahat ini bertembung dengan pihak marin Thailand dan mereka membalas tembakan. Pihak marin dapat mematahkan serangan penjahat tetapi mereka sempat melarikan diri. Pihak marin berjaya menyelamatkan kedua kapal daripada dibawa oleh penjahat ini. Apabila pihak marin mendarat kedua kapal ini, mereka langsung tidak menemui kelasi kapal kecuali mayat seorang krew di dalam bilik. Namun mereka berasa pelik kerana darah boleh ditemui di sekitar kapal tanpa orang. Mereka terus mencari dan terjumpa 900,000 pil dari pelbagai jenis dadah.  Kemudian mereka baru terjumpa kesemua krew/kelasi kapal yang semuanya telah diikat pada badan serta kepala, ditembak pada tubuh mereka, tangan mereka digari dan kesemua dibuang ke dalam Sungai Mekong.

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Ya Allah...kejam nya manusia

Anonymous said... Best Blogger Tips

xde sifat kemanusiaan dah....kejam sggh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...