Kongsikan Entri Kami

Wednesday 12 October 2011

Gosip : Penjelasan Syarikat Upin Ipin Mengenai Isu dengan Parti Politik

Baru-baru ini, sebuah blog politik, sel13.com telah mengeluarkan satu artikel bertajuk “Ahmad Idham dan Penerbit Upin Ipin Bersekongkol Dengan Pas Kelantan” bertarikh pada 11 Oktober 2011. Menurut artikel berkenaan, ‘PAS Pusat dengan dalangnya adalah DAP sedang dalam rangka perbincangan dengan LES COPAQUE yang menerbitkan UPIN DAN IPIN untuk menghasilkan sebuah animasi dalam usaha mempromosi Pakatan Rakyat kepada golongan muda.’
Ekoran pengeluaran artikel tersebut, pihak Les'Copaque tampil membuat kenyataan akhbar untuk memperbetulkan fakta berita yang dimuatkan di dalam blog tersebut. Berikut merupakan kenyataan akhbar yang dihantar mengenai isu berkenaan.

“Upin Ipin adalah sebuah siri animasi kanak-kanak yang diterbitkan oleh kami khas untuk anak-anak kita, supaya mereka dapat membesar dengan minda yang tidak dipengaruhi oleh budaya barat. Siri tersebut sarat dengan pengajaran dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak kita sambil menerapkan budaya ketimuran supaya apabila besar kelak mereka mempunyai rasa bangga dengan budaya mereka.

“Oleh kerana siri animasi ini untuk anak-anak, kami tidak pernah berhasrat untuk memasukkan sebarang unsur politik apatah lagi berbincang dengan mana-mana parti politik bagi menggunakan watak Upin dan Ipin untuk tujuan tersebut. Kami memohon semua kepada semua pihak supaya berhenti dari mengeluarkan sebarang berita dan kenyataan yang tidak benar yang boleh memberi pandangan negatif kepada syarikat kami dan menjejaskan perniagaan kami.

“Les’Copaque Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya menerajui bidang perniagaan berlandaskan animasi sebagai teras perniagaan. Setakat ini, ia merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya membangunkan harta intelek sendiri dengan menggunakan kepakaran tempatan seratus peratus dan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang sebahagian besarnya adalah Bumiputra.

“Sememangnya kerajaan telah banyak membantu kami dari segi kewangan melalui geran MOSTI sebanyak RM 1juta dan galakkan pemasaran serta pembangunan modal insan. Walaubagaimanapun, kejayaan kami sehingga ini tidaklah semata-mata bergantung kepada pertolongan kerajaan, tetapi atas berkat usaha gigih kami untuk memajukan diri dan membuktikan bahawa Bumiputra pun boleh berniaga dan bersaing seperti kaum lain. Oleh itu, kami memohon kepada semua pihak, terutamanya Bumiputra, supaya menyokong usaha kami ini dan janganlah mengadakan berita yang bolih memudaratkan perniagaan kami.

Sekian. Terima Kasih

Hj. Burhanuddin Md. Radzi
Pengarah Urusan

GUA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...