Kongsikan Entri Kami

Tuesday 18 October 2011

Gosip : Mamat (Sepah) Lari Dari Set Pengambaran Selepas Mendapat Tawaran Lain


Selepas satu masalah, masalah lain pula timbul berkenaan dengan Mamat Sepah, jika sebelum ini beliau mempunyai masalah dengan Adda, kemudian dengan kawan rapat beliau Shuib dan Jepp dan juga Kekasih baru beliau Fida yang kini dikatakan telah berpisah kini masalah baru pula yang berlaku berkenaan beliau.

Terdapat berita baru yang kurang sedap didengar berkenaan dengan Mamat Sepah yang kini baru sahaja di pinggirkan oleh kumpulan Sepah sendiri. Kini timbul pula berita yang Mamat telah memberi masalah besar kepada kru produksi pengambaran drama komedi kerana beliau lari dari menghadiri pengambaran dan dikatakan ianya berlaku setelah beliau menerima tawaran produksi lain yang bertempat di Sabah.

Oleh itu berlakunya masalah besar yang melibatkan produksi drama tersebut untuk mencari pelakon ganti dan semestinya tidak sesuai untuk digantikan oleh orang lain. Malahan pula dikatakan drama tersebut sudah sampai ke penghujung pengambaran dan hanya tinggal beberapa babak penting yang perlu dilakonkan oleh Mamat. Ada sumber menyatakan bahawa berkemungkinan Mamat tidak selesa berlakon dengan bekas ahli Sepah iaitu Shuib.

p/s: rasa hebat sangat Mamat ini sampai boleh cepat sangat berubah fikiran. Baru nak popular dah buat banyak masalah

8 comments:

apentah said... Best Blogger Tips

ban jer terus.... br padan muka

Anonymous said... Best Blogger Tips

selama ni die mne ade menonjol pn dlm sepah..menyemak ade laa..

Anonymous said... Best Blogger Tips

mcm meluat jer rase dgn mamat nie ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tgk muke pown dh tau...

Anonymous said... Best Blogger Tips

org mcm ne x akan pergi jauh kalo sikap x profesional...dah perangai x matang..sikap tamak...x pikir perasaan org sekiling...tup2 nanti jadi tukang sapu tepi jln padan muka.

Anonymous said... Best Blogger Tips

X leh dgr sebelah pihak je.. Mesti ade sebab mamat wat cm tu.. X kan dia dgn sengaja nk bunuh carrier dia sndiri.. Pasti ade cerita d sbalik yg brlaku.. Jep n shuib pun msti ade gk sebab diaorg... Kita tgk je la... Doakan yg trbaik tuk semua

minoari89 said... Best Blogger Tips

mcm2..sekali dah digelar pelakon rasa megah bangga diri..hebat la sgt..

Anonymous said... Best Blogger Tips

apsal mamat ada problem ngan sepah??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...