Kongsikan Entri Kami

Monday 1 August 2011

Gosip : Syamsul Yusof Tak Berani Berharap takut kecewa di FFM24


Biarpun tercalon menerusi 2 buah filem pada peringkat awal Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24), namun Pengarah Filem Terbaik, FFM 23, Syamsul Yusof enggan mensasarkan sebarang harapan untuk mengungguli kejayaan yang sama sepertimana tahun lalu.
 
Menurut Syamsul Yusof, masih terlalu awal untuknya memperkatakan sebarang harapan, memandangkan pencalonan masih lagi di peringkat awal.

"Syukur alhamdulillah kerana 2 buah filem saya tercalon. Tapi pencalonan ini masih di peringkat awal dan saya tak mahu meletakkan sebarang harapan. Masih terlalu awal dan kena tunggu sehingga senarai 5 terbaik diumumkan.

"Tapi saya juga tak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana tak mahu kecewa pula nanti jika berlaku sebaliknya," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my mengulas mengenai FFM24.

Tercalon menerusi filem Khurafat dan KL Gangster, jelas Syamsul Yusof, tahun ini filem-filem yang dicalonkan kesemuanya hebat-hebat belaka. Justeru itu, persaingan yang sengit pastinya berlaku, malah pemilihan senarai 5 terbaik pastinya sukar untuk dilakukan.

"Setiap filem yang akan tercalon di peringkat 5 terbaik pastinya ada keistimewaan sendiri. Macam dua buah filem saya, kedua-duanya juga mempunyai keistimewaan yang saya sendiri tak boleh nak duga mana yang akan tercalon ke senarai Top 5.

"Kalau ada rezeki insyaAllah saya terima dengan seadanya tapi tak nak letak harapan nanti saya juga yang kecewa," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, anak kepada produser Datuk Yusf Haslam ini juga mengharapkan agar FFM kali ini tidak akan menimbulkan lagi persengketaan mahupun ketidakpuasan hati.

"Saya harap FFM kali tak akan berlaku macam tahun lepas. Hormati karya masing-masing dan yang penting saling menyokong antara satu sama lain. Menang atau tak kita terima dengan hati yang terbuka dan anggapla itu rezeki masing-masing," ucapnya kepada murai.com.my.

Menyambung perbualan mengenai perkembangan terbarunya, kata Syamsul, dia kini sedang sibuk dengan proses dubbing filem Bohsia 2 dan penggambaran filem Sam arahan adiknya.
"Saya sedang sibuk menjalani proses dubbing untuk filem Bohsia 2. Pada masa yang sama saya sedang sibuk berlakon dalam filem arahan adik saya,berjudul Sam. Insya Allah selepas raya, November nanti saya akan mula mengarah KL Gangster 2 pula," jelasnya.

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

all the best syamsiol

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...