Kongsikan Entri Kami

Wednesday 3 August 2011

Gosip : Akhirnya Khairul Fahmi pulangkan cincin pertunangan kepada Ella

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.
 
Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.

Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.


Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian ialah atas alasan bahawa itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.

Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.

p/s : harap semoga kedua-dua pihak dapat menerima segala dugaan sepanjang Bulan mulia ini.

1 comments:

Ibu Ammar said... Best Blogger Tips

harap lepas nih tak ada lagi cerita sensasi pasal KFCM, nak sangat KFCM tumpukan pada karier bola sepak. beliau sangat berbakat. jangan disia2kan dengan sensasi cerita peribadi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...