Kongsikan Entri Kami

Sunday 12 June 2011

News : Gadis 18 tahun kahwin 11 kali dalam 11 bulan


Kemiskinan jadi alasan bernikah melalui perkahwinan kontrak




JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa. 

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan. 

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.


Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.


Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.

Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.


“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.


Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.


Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.


“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.


“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi 

p/s : apa yang aku boleh tanya perempuan ni kesian giler..dia seolah-olah dipergunaka oleh Mami tu ho..Itu la sesebuah negara kena la faham tentang keadaan rakyatnya. TEngok apa yang berlaku sekiranya yang terlalu kaya tu over kaya pula..yang miskin tu pula terover miskin sampai sanggup buat apa saja. No offend la... 

sumber : bharian

5 comments:

cengkerangcipot said... Best Blogger Tips

indon bangang

butik pengantin said... Best Blogger Tips

Senangnya diaorang berkira hal-hal islam..

sabree hussin said... Best Blogger Tips

kekayaan negara tak di distribute dengan sebaik2nya ni

WanTeD said... Best Blogger Tips

apa dah jadilah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan ke kalau dalam islam dah cerai kene tgu 3 kali datang bulan baru boleh kahwin lain? tgu habis iddah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...