Kongsikan Entri Kami

Saturday 18 June 2011

Lelaki Ditembak dan Dibiarkan Mati!!


KARACHI - Seorang lelaki tidak bersenjata ditembak pada jarak dekat oleh anggota tentera yang kemudian cuma memerhatikannya mati akibat pendarahan di sebatang jalan di Pakistan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.
Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.
Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak mempedulikan mangsa. - Agensi-SUMBER


Sumber: Gempak


4 comments:

vampire's lovex said... Best Blogger Tips

ganas nye.....

Alex said... Best Blogger Tips

Oh dear God. We kill each other and regard it as nothing. The world will just end with our on doings. The angels should just sit back and relax, we'll end the world ourself. T.T

Anonymous said... Best Blogger Tips

kejamnya dunia...

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang kalau negara pakistan cam sial dia punya tentera.org awam pn nak di tembak pas tu dia biar mati cam tu je........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...