Kongsikan Entri Kami

Thursday 9 June 2011

Escalator terPENDEK dan terPANJANG di dunia

Semenangnya eskalator ini untuk orang-orang macam kami ni yang malas nak jalan walaupun ada tangga seperti di KL Sentral. Walaupun ramai orang pun nak juga naik eskalator yang lambat dan sempit tu. Tangga lagi laju tapi lihat pun tak nak. 


TERPENDEK

Ni ada eskalator yang sungguh pendek di dunia ini.. Cuma 3 langkah kita dah boleh sampai ke bawah. Tapi apakah motif eskalator ini? Yang paling pelik, sebelahnya pun ada juga tangga. Eskalator shopping mall Okadaya Mores, Kawasaki Jepun ini telah dipilih menjadi eskalator paling pendek di dunia oleh Guinness Book of Records. Panajngnya hanya 83cm dan hanya mengambil kurang dari 3 saat untuk sampai ke penghujung.



Video :


TERPANJANG

Ni pula yang terpanjang. Kalau masak Maggi 2 minit pun kita tak sampai lagi hujungnya. Eskalator ini terletak di Park Pobedy Stesen Moscow Metro.  Panjangnya 126.8m dan tingginya 63.4m atau 740 langkah dan mengambil 3 minit untuk sampai. :-))



Video :



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...