Kongsikan Entri Kami

Monday 28 March 2011

OMG!! Kacukan Biri-Biri dengan Anjing pula!!!

Semalam terbaca post kacukan anjing dan manusia tetapi hari ni pula dikejutkan pula dengan Kambing Biri-Biri dan Anjing pula..Hal ini berlaku di China, pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam. Dia mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China. Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain. Dia melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir dan terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing. Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu. Seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza. Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil.


credit : suffer dan orangmuo

2 comments:

seliparbiru85@gmail.com said... Best Blogger Tips

jadi ape?? jing bi?? JB?? bi jing? bill jeans?? kahkahkah

P.Preity Petry said... Best Blogger Tips

Apa yang aku tengok. Anjing dalam foto itu 100% adalah anjing. Anjing bulu macam tu memang wujud.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...